Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

HEBAHAN : BENGKEL GERAK PANTAS: TULIS KISAH HIDUP

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan.
 

HEBAHAN : BENGKEL GERAK PANTAS : TULIS KISAH HIDUP

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Panca Gnosis Resources akan menganjurkan Bengkel Gerak Pantas: Tulis Kisah Hidup yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh:   2 Mac 2024 (Sabtu)
Masa:     9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar Pak Ngah, No 16 A Jln Muara 8/9, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor
 
Sehubungan itu, pihak Panca Gnosis Resources ingin menjemput warga kampus yang berminat untuk mengikuti bengkel berkenaan.
 
Untuk pengetahuan, bengkel ini akan membimbing penulis dari peringkat idea sehingga penulisan manuskrip. Para peserta yang berminat untuk menerbitkan buku secara berkumpulan (kompilasi) atau perseorangan akan dibimbing melalui kelas dalam talian selepas mengikuti Bengkel Gerak Pantas.
 
Diskaun juga ditawarkan kepada pasangan (duo) peserta yang mana mereka cuma perlu membayar RM160 seorang berbanding yuran RM190 seorang. Kadar yuran meliputi kuliah dan bimbingan, makan tiga kali sehari, kudapan, alat tulis dan sijil digital. Bilik latihan adalah lengkap berhawa dingin dan mempunyai kemudahan surau dan bilik air yang bersih.
 
Pihak Panca Gnosis juga menawarkan dua tempat percuma untuk mahasiswa diploma atau ijazah pertama UiTM yang berminat untuk mengikuti bengkel.
 
YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan boleh berhubung dengan En. Mohd Rashid Yunos di talian 017-281 0874 atau emel di pancagnosisresources@gmail.com jika memerlukan sebarang maklumat berkenaan bengkel berkenaan.
 
Terima kasih.
 
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 

BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam, Selangor

03-5521 1704