السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
Tuan / Puan.
PENYERAHAN BAHAN JAWI@PTAR
Pemakluman kepada semua warga PTAR, perpustakaan dalam proses pembangunan Koleksi Jawi@PTAR yang diletakkan di aras 4 (berhadapan Experiential Space). PTAR kini menjalankan pengumpulan bahan jawi melalui waqaf daripada warga/pelajar UiTM. Staf PTAR turut dialu-alukan bagi penyerahan bahan tersebut disamping membantu dan meningkatkan pembangunan koleksi ini.
Serahan bahan ini boleh dilakukan di Kaunter Pelanggan Utama, PTAR UiTM Shah Alam di aras 3.
Jasa baik dan kerjasama dari tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Serahan bahan ini boleh dilakukan di Kaunter Pelanggan Utama, PTAR UiTM Shah Alam di aras 3.
Jasa baik dan kerjasama dari tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadis Riwayat Muslim).
Sekian.
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor
03-5521 1704