Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan,
KEMPEN: WAKAF KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN SERENDAH RM1.00
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan warga universiti dan komuniti luar untuk bersama-sama menyumbang kepada WAKAF KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN SERENDAH RM1.00.
3. Tujuan utama tabung ini adalah bagi membiayai pembelian buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi kegunaan pengguna perpustakaan.
4. Sumbangan boleh dibuat menerusi 3 kaedah berikut:
-
PEMOTONGAN GAJI bagi staf UiTM.
-
GIVING@UiTM bagi staf UiTM dan komuniti luar.
-
TRANSAKSI DALAM TALIAN:
-
Nama Bank = Bank Islam Malaysia Berhad
-
Nama Akaun = UITM-UKZ6AA
-
No. Akaun = 12177010005687
-
Rujukan Transaksi = Tabung Sumbangan Kemudahan Perpustakaan
*Sila emel penyata transaksi sumbangan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi urusan pengesahan dan pengeluaran resit rasmi.
4. Pewakaf layak mendapat pengecualian cukai sebagaimana peruntukan di bawah SUBSEKSYEN 44(8) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 HADIAH UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN.
5. Ucapan TERIMA KASIH buat para penyumbang WAKAF KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN SERENDAH RM1.00.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Shah Alam
03-5521 1704