Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SOAL SELIDIK KEPUASAN HATI WARGA UiTM TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan,

 

SOAL SELIDIK KEPUASAN HATI WARGA UITM TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam sedang menjalankan kajian soal selidik kepuasan hati pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan UiTM. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan warga UiTM terhadap kemudahan dan penyampaian perkhidmatan yang disediakan.

3.    Maklumbalas dan input yang diberikan akan digunakan sebagai panduan dalam penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Kajian ini akan dijalankan bermula 17 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023.

Portal : https://mykm.uitm.edu.my/
Mobile Apps: https://mobileptar.uitm.edu.my

4.    Sukacita sekiranya YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat melengkapkan soal selidik tersebut. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 

“MALAYSIA MADANI”

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI

Jabatan Pengurusan Perpustakaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam, Selangor