Exhibitions@PST
Konsep bekerja dari rumah mula dilaksanakan secara meluas ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
di Malaysia berikutan wabak COVID-19.
Ketika penularan COVID-19, bekerja dari rumah membantu mengurangkan risiko jangkitan melalui kurangnya kontak langsung antara pekerja dengan mereka yang berpotensi menjadi pembawa virus. Keadaan ini ditambah dengan penyebaran wabak ini yang juga boleh berlaku bagi mereka yang tidak mempunyai tanda-tanda awal jangkitan.
Penjarakan sosial (social distancing) dapat dijalankan dan hal ini akan dapat
memutuskan rangkaian COVID-19 dan menjadi antara mekanisma kawalan.