Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SIARAN LANGSUNG : PROGRAM ENGAGING ALUMNI UiTM : PENGGUNAAN AI BEBAS DARI PLAGIARISME

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan.
 
SIARAN LANGSUNG : PROGRAM ENGAGING ALUMNI UiTM : PENGGUNAAN AI BEBAS DARI PLAGIARISME
 
 
Poster Live.jpg
 
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan mengadakan program siaran langsung seperti ketetapan berikut:
 
Tajuk : Program Engaging Alumni UiTM : Penggunaan AI Bebas Dari Plagiarisme
Tarikh : 24 April 2024 | Rabu
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Pautan : 
Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM
Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM

Panel:
Encik Mohamed Hafiz bin Baharuddin
Managing Partner 
Hafiz Baharuddin & Associates

Moderator:
Puan Siti Salwa binti A.Rahman
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
 
"Engaging Alumni UiTM kali ini adalah bersama dengan seorang peguam, Encik Hafiz bin Baharudin dari Hafiz Baharuddin & Associates. Beliau adalah seorang Alumni UiTM yang telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA dari peringkat Asasi sehingga ke Bachelor of Laws (LL.B) dan Bachelor of Legal Studies (BLS). Beliau juga sangat aktif membuat perkongsian di sosial media mengenai perihal undang-undang di Malaysia".
 
YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program siaran langsung yang akan dikongsikan oleh panel. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.
 
*Jam latihan dan e-sijil disediakan.
 
Terima kasih.
 
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 

BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam, Selangor

03-5521 1704