Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SESI PEMBUDAYAAN ILMU : PENENTUAN AWAL BULAN HIJRI : BIAR TAHU JANGAN KELIRU

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
 
Tuan / Puan.
 
SESI PEMBUDAYAAN ILMU : PENENTUAN AWAL BULAN HIJRI : BIAR TAHU JANGAN KELIRU
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.   Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang dan Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi akan menganjurkan Sesi Pembudayaan Ilmu pada ketetapan berikut:
 
Tajuk:       Penentuan Awal Bulan Hijri : Biar Tahu Jangan Keliru
Tarikh:      27 Mac 2024 | Rabu
Masa:       9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat :   Aras 1, Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang, Kompleks Al-Farabi 2
 
3.    Sesi Pembudayaan Ilmu ini menampilkan panel seperti berikut:
 
Ustaz Mohd Razlan bin Ahmad
Pensyarah Falak, Penyelidik IASA,
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
Tuan / Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program ilmiah ini secara bersemuka yang akan dikongsikan oleh panel jemputan. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.
 
Jam latihan disediakan.
 
Terima kasih.
 
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 

BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam, Selangor

03-5521 1704