Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PROGRAM KERJAYA GRADUAN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan.
 
PROGRAM KERJAYA GRADUAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor akan menganjurkan Program Kerjaya Graduan seperti ketetapan berikut:
 

Tarikh: 21 hingga 23 Februari 2023 (Selasa hingga Khamis)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat: Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam
:
- Pendaftaran Bukan Warga UiTM : https://bit.ly/PKERJAYAGRADUANUiTM
 
3. Program ini terbuka kepada para graduan yang ingin mendapatkan maklumat kerjaya dari pelbagai sektor dan PTAR amat mengalu-alukan kehadiran para graduan untuk bersama-sama ke program ini. Disamping itu, pihak PERKESO Negeri Selangor juga akan menyampaikan maklumat-maklumat terkini serta skim-skim yang berkaitan sepanjang program ini berlangsung.
 
4. Mohon jasa baik YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk menguar-uarkan program ini supaya ia dapat membantu para graduan terutama graduan UiTM bagi mendapatkan maklumat pekerjaan yang akan ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia Program : 03-5521 1704 / 011-2092 8005 (WhatsApp Sahaja)
 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 
BAHAGIAN KORPORAT DAN KOLABORASI

Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Shah Alam