Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

KURSUS LITERASI MAKLUMAT KERJASAMA PTAR & ILD

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum dan Salam Keluarga UiTM
 
Tuan / Puan,
 
KURSUS LITERASI MAKLUMAT PENYELIDIKAN & PENULISAN   
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Untuk makluman, PPK ILD UiTM dengan usahasama Bahagian Penyelidikan, Pengajaran & Pembelajaran PTAR UiTM Shah Alam akan menganjurkan kursus tersebut di atas. Butiran adalah seperti butiran berikut: -
 
Tarikh: 24 Ogos 2022 | Rabu
Masa: 8:00 Pagi - 4:30 Petang
Tempat: Bilik Sarana 1, ILD UiTM Bandar Enstek
 
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon pihak tuan/puan untuk mengemukakan dua (2) orang pencalonan staf pentadbiran seperti butiran berikut: -
Staf Pentadbiran Gred 29 ke atas yang bakal menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, atau sedang menyambung pelajaran secara sambilan, atau
Staf Pentadbiran Gred 29 ke atas yang merancang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi

Pencalonan boleh dibuat pada atau sebelum 18 Ogos 2022 (Khamis). Bersama-sama emel ini dimajukan Surat Jemputan dan Borang Pencalonan Kursus ILD UiTM bagi maksud tersebut.

Perhatian dan maklum balas daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, mohon hubungi Encik Abdul Qaiyum Abdul Razak (06-7580 313/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau Puan Rozana Idris (06-7580 230/This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
 
Sekian terima kasih
 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PTAR UiTM Shah Alam